ANGKA jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 15 juta dengan pertambahan kes baharu dalam tempoh 24 jam..

Data Worldometers menunjukkan, Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan empat juta kes positif.

Ini diikuti Brazil, dengan kes positif jangkitan sebanyak 2.16 juta dan India, 1.19 juta kes.

Rusia di tangga keempat melepasi angka jangkitan 783,000 kes.

Peru, Chile, Afrika Selatan dan Mexico pula masing-masing melepasi angka 300,000 kes positif Covid-19.

Afrika Selatan di tangga kelima merekodkan lebih 381,000 kes, Perlu lebih 362,000, Mexico lebih 356,000 kes dan Chile lebih 334,000 kes.

Sementara itu, 10 negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 iaitu United Kingdom, Iran, Sepanyol, Pakistan, Itali, Arab Saudi, Turki, Perancis, Jerman dan Bangladesh.

Empat lagi negara merekodkan angka positif melebihi 100,000 ialah Colombia, Kanada, Qatar dan Argentina.

Sementara itu, jumlah kumulatif kematian global akibat virus maut tersebut kini 619,467 kes.