Video seekor tupai teruja meminta air dari salah seorang lelaki menyebabkan netizen tergelak melihat telatahnya.

Video menunjukkan seekor tupai berlari menghampiri lelaki dan anaknya.

Tupai itu memerhati botol air di tangan lelaki itu dan seketika kemudian ia berdiri melompat-lompat dan mengerakkan kaki depannya seperti meminta sesuatu.

Lelaki itu kemudiannya membongkok ke arahnya dan memberi botol air itu kepada tupai tersebut.

Betul seperti tekaan lelaki itu, tupai itu rupanya kehausan dan meminta air di tangannya.

Ia memegang botol air itu dan minum air tersebut sehingga habis.

Telatahnya dirakam, dimuat naik di media sosial dan menjadi tular serta-merta.