KUCHING: Seorang lelaki yang masih belum dikenali identiti telah terjatuh ke dalam sungai di Kampung Semadang Jalan Borneo Height petang semalam.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau menerima panggilan memaklumkan kejadian jam 4.28 petang dan seterusnya melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR). Mangsa berjaya dijumpai jam 6.11 petang.

Laporan rasmi BBP Bau menyatakan mangsa yang berjaya dijumpai telah diangkat naik ke tebing dan diberikan khidmat pertolongan cemas CPR dalam usaha menyelamatkan mangsa.Namun mangsa tidak memberikan sebarang tindak balas.

Mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an dan belum dikenali identiti seterusnya di serahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.