Angka jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 14.85 juta kes.

Terdapat pertambahan lebih 220,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Menurut Worldometers, Amerika Syarikat kekal menjadi negara paling teruk terjejas dengan 3.96 juta kes positif setakat pagi Selasa.

Ini diikuti Brazil, dengan kes positif jangkitan sebanyak 2.12 juta kes dan India, 1.15 juta kes.

Rusia melepasi angka jangkitan setengah juta dengan merekodkan 777,000 kes.

Peru, Chile, Afrika Selatan dan Mexico pula masing-masing melepasi angka 300,000 kes positif Covid-19.

Sepuluh negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 ialah United Kingdom, Iran, Sepanyol, Pakistan, Itali, Arab Saudi, Turki, Perancis, Jerman dan Bangladesh.

Empat lagi negara merekodkan angka positif melebihi 100,000 ialah Colombia, Kanada, Qatar dan Argentina.

Negara-negara lain masih merekodkan angka jangkitan Covid-19 di bawah 85,000 kes.

Jumlah kumulatif kematian global akibat Covid-19 kini lebih 613,000 kes termasuk 301 kes terbaharu.

Statistik Worldometers menunjukkan angka kematian global meningkat 5,203 kes dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 143,000 kematian.