LA PAZ: Jumlah kematian mangsa Covid-19 semakin meningkat di Cochabamba, Bolivia sehingga pekerja kesihatan tidak mampu mengendalikan proses mengebumikan mangsa dalam masa yang singkat.

Baru-baru ini anggota sebuah keluarga virus tersebut meninggal dunia di rumahnya.

Keluarganya bertindak meletakkan kerandanya di tengah-tengah jalan kerana tidak tahu bagaimana hendak mengebumikannya mengikut SOP ditetapkan.

Menurut jiran mangsa, warga tua berusia 62 tahun itu meninggal dunia seminggu dan mayatnya masih belum diuruskan pihak berwajib.

Selepas beberapa jam kerandanya berada di depan rumah, pihak pengurusan jenazah datang dan membawanya ke tanah perkuburan.

Menurut Kolonel Polis Ivan Rojas, pihaknya memungut sekitar 17 mayat setiap hari dengan peti simpanan mayat pula kecil.

Oleh kerana terlalu banyak mayat yang perlu di kebumikan setiap hari, Menteri Buruh Oscar Mercado memberitahu kerajaan menyediakan sekitar 250 tapak baru di kawasan perkuburan negara.