KUCHING: Ketua Menteri berkata sejak Hari Sarawak diraikan dan diisytiharkan sebagai cuti umum empat tahun lalu, ia telah memberi kesan positif kepada rakyat negeri ini.

Hari Sarawak  diraikan pada 22 Julai mulai 2016 sebagai mengingati pengorbanan para pejuang kemerdekaan Sarawak.

Tuan rumah Hari Sarawak tahun ini ialah Miri dengan tema ’Sarawak Cemerlang.’

Menurut Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, antara yang telah diperjuangkan ialah hak-hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 yang berpaksikan Suruhanjaya Cobbold dan juga peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

Sejak itu, katanya, Sarawak menuntut balik hak-haknya yang terhakis sama ada secara sengaja atau tidak.

Malah, ujar Abang Johari lagi, yang penting adalah menim bukan kesedaran dalam kalangan rakyat Sarawak bahawa mereka perlu berganding mahu untuk membangunkan negeri dengan mengambil kira hak yang dipersetujui di bawah MA63.

“Jadi empat tahun lepas, kita telah mengusahakan untuk mengembalikan hak-hak yang telah terhakis sama ada sengaja atau tidak sengaja,” jelas beliau.

“Bagi saya empat tahun lepas telah memberikan aspirasi baharu untuk Sarawak menjadi sebuah wilayah daripada tiga wilayah Malaysia,” jelasnya.