MILAN: Polis Itali berjaya merampas bungkusan biji kopi dari Medellin, Colombia di Lapangan Terbang Malpensa, Milan yang mengandungi kokain yang disumbat di dalam 500 biji kopi bersaiz besar.

Mengutip AP, bungkusan kopi sebe-rat dua kilogram itu mengandungi 150 gram kokain yang diisi dengan teliti.

Polis dalam satu kenyataan berkata, bungkusan itu menarik perhatian pihak berkuasa selepas memaparkan nama ‘Santino D’Antonio’, iaitu bos mafia menerusi filem aksi terkenal John Wick.

Sepasukan polis kemudian mengekori penghantaran bungkusan yang dialamatkan ke sebuah kedai tembakau di Florence.

Dilaporkan lelaki berusia 50 tahun yang menunggang basikal muncul mengambil bungkusan itu yang kemudian ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Serbuk kokain ditemui disumbat di dalam biji kopi yang kemudian ditutup rapat menggunakan pita pelekat berwarna coklat.

Polis Itali merujuk operasi itu sebagai ‘Caffe Scorretto’ bermaksud kopi yang tidak sempurna.