ANGKA korban Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat sejak virus maut itu mulai menyerang Wuhan, China pada Disember tahun lalu.

Jumlah kumulatif kematian global akibat virus itu kini lebih 608,000 kes.

Statistik Worldometers menunjukkan angka korban di seluruh dunia meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam di sebalik 14,.62 juta telah dijangkiti.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 143,000 kematian.

Brazil dan United Kingdom berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan lebih 79,500 dan 45,300 kematian akibat Covid-19.

Mexico, Itali dan Perancis merekodkan angka kematian 38,888, 35,045 dan 30,000 kes.
Sepanyol dan India pula masing-masing merekodkan 28,420 dan 27,503 kes maut Covid-19.

Iran merekodkan kematian lebih 14,188 kes manakala negara-negara lain masih merekodkan angka kematian bawah 13,000 kes.