KUALA LUMPUR: Akhirnya seperti dijangka, Bersatu memecat Ahli Parlimen Sri Gading, Dr Shahruddin Mat Salleh yang juga bekas menteri kerja raya.

“Bersatu mengesahkan Ahli Parlimen Sri Gading, Dr Sharuddin Mat Salleh telah mengeluarkan notis pemakluman Yang di-Pertua Dewan Rakyat berkaitan kedudukan kerusi beliau yang tidak bersama-sama blok kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin merangkap presiden dan pemangku pengerusi Bersatu,” kata Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin  melalui satu kenyataan media .

“Oleh yang demikian, adalah dimaklumkan bahawa keahlian beliau (Sharuddin) terhenti secara serta-merta menurut fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan Bersatu,” kata kenyataan itu lagi.

Hamzah memberi peringatan kepada ahli Bersatu supaya tidak terbabit dalam kempen menjejaskan Bersatu oleh bekas pimpinannya yang telah disingkirkan.

Antara yang telah disingkir ialah Pengerusinya Tun Der Mahathir Mohamad, bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq dan bekas menteri pendidikan Dr Maszlee Malik dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Bersatu memberi amaran kepada mana-mana ahli yang menyokong atau bersama bekas pemimpin Bersatu yang telah terlucut keahlian dalam kempen-kempen yang bertujuan untuk memburukkan nama baik parti,” kata Hamzah yang juga menteri dalam negeri

“Dalam hal ini, jelasnya, Bersatu tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan disiplin yang tegas terhadap mana-mana ahli yang telah melanggar dan menyalahi perlembagaan parti.