Sunday, January 23, 2022

Tiada air ke Roban dan Kabong mulai jam 2 hingga 6 petang esok

Secara Rawak

KABONG: Bekalan air bersih ke Roban dan Kabong serta kawasan sekitarnya akan terganggu esok (20 Julai) berikutan kerja-kerja penyambungan saluran paip utama di kawasan Simpang Roban bermula jam 2 petang.

Notis rasmi dari Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) menyatakan gangguan bekalan air akan terganggu bermula jam 2 petang hingga jam 6 petang.

Kerja-kerja penyambungan saluran paip berkenaan dilakukan oleh pihak pekerja Lebuhraya Pan Borneo.

Kawasan yang akan terjejas adalah penduduk yang berada di kawasan sekitar Simpang Roban hingga ke Brayang, Simpang Roban hingga ke Sungai Berangan Saratok dan Simpang Roban hingga ke Kabong.
( turut melibatkan kawasan Nyabor,Sessang, Gerigat dan Alit).

Sehubungan dengan itu pihak JBALB mengingatkan orang ramai di kawasan terlibat supaya melakukan simpanan air bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan berkenaaan.

Pihak JBALB juga menjelaskan pihak mereka akan cuba memastikan gangguan bekalan air berkenaan akan dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru