Jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 14.42 juta.

Data terbaharu Worldometers setakat pagi Ahad,  mendedahkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan 3.83 juta kes positif.

Ini diikuti Brazil dengan kes positif jangkitan sebanyak 2.07 juta kes dan India 1.07 juta kes.

Rusia melepasi angka jangkitan setengah juta dengan merekodkan 765,000 kes.

Afrika Selatan, Peru,   Mexico dan Chile pula masing-masing melepasi angka 300,000 kes positif Covid-19.

Afrika Selatan sudah merekodkan lebih 350,000 kes, Peru 349,500, Mexico 338,846, Chile 328,846.

Sepuluh negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 ialah United Kingdom, Iran, Sepanyol, Pakistan, Itali, Arab Saudi, Turki, Perancis, Jerman dan Bangladesh.

Empat lagi negara merekodkan angka positif melebihi 100,000 ialah Colombia, Kanada, Qatar dan Argentina.

Ya, bila agaknya virus maut ini akan lenyap dari muka bumi ini?