Sunday, June 26, 2022

Tujuh sekawan sumbang santasi tangan

Secara Rawak

MUKAH: Demi mencegah penularan COVID-19 di kawasan sekolah, tujuh sekawan yang juga merupakan bekas pelajar SK Kampung Tellian Mukah menyumbangkan sanitasi tangan untuk kegunaan sekolah tersebut.

Menurut wakil bekas pelajar, Jonathan Susek mereka berkongsi untuk membeli sanitasi tangan tersebut untuk diderma kepada SK Kampubg Tellian.

“Sebagai bekas pelajar di sekolah ini, kami merasa bertanggungjawab untuk menyumbangkan sanitasi tangan ini demi memudahkan murid-murid serta warga sekolah dalam mengalami kebiasaan baharu sesi persekolahan ,” tambah beliau.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada YDP PIBG SK Kampung Tellian, James Anthony.

“Sekolah dan PIBG berasa amat bertuah kerana ada bekas pelajar yang peka dan prihatin keadaan semasa. Disamping itu, derma tersebut juga dapat meringankan sedikit beban kewangan PIBG. Saya juga amat mengharapkan bekas pelajar yang lain, mahupun penduduk di kawasan ini mencontohi inisiatif sebegini,” kata James.

Sebagai rekod, SK Kampung Tellian Mukah mempunyai 20 orang guru, 3 kakitangan pelaksana dan 222 orang murid.

Sekolah berkenaan masih menumpang bangunan di SK Mukah, Jalan Bestari sejak 16 tahun yang lalu. Bangunan baharu SK Kampung Tellian Mukah telah siap sepenuhnya dan menunggu masa untuk beroperasi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru