KABONG: Operasi Gempur Jenayah oleh pihak polis dengan kerjasama agensi lain sedang dilakukan secara berterusan di sini.

Pagi tadi kira-kira jam 3.38 pagi, tiga lelaki dicekup polis atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mordani Tanin mengesahkan perkara berkenaan dan menjelaskan lelaki berkenaan ditahan dibawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

“Pada 18 Julai 2020 kira-kira jam 3. 38 pagi tangkapan telah dilakukan oleh anggota IPD Saratok yang melakukan operasi bersama AADK Betong dan JAIS Betong di Kabong.

“Mereka yang ditangkap berumur antara 27 tahun hingga 33 tahun. ujian saringan air kencing dilakukan dan mereka didapati positif dadah jenis Metamfetamin (METH) dan Amfetamin (AMPH).

“Saringan air kencing dilakukan di Balai Polis Saratok sebaik ketiga-tiga suspek tiba di balai dengan dikawal oleh anggota polis.Mereka kini ditahan dilokap polis.

“Kita juga mohon kerjasama orang awam agar melaporkan sebarang bentuk kejadian jenayah di tempat mereka supaya pihak polis boleh melakukan tindakan bagi membendung kegiatan jenayah tersebut,”ujarnya.