Tuesday, January 25, 2022

Ops Bersepadu Cegah Jenayah cekup empat lelaki minum arak di Kabong

Secara Rawak

KABONG: Empat lelaki ditahan ketika sedang minum arak dan minuman keras lain di satu kawasan berhampiran dengan pasar di sini malam tadi.

Mereka yang terlibat di cekup dalam Ops Bersepadu Cegah Jenayah yang dilaksanakan oleh pihak polis Saratok dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Betong dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Betong.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mordani Tanin mengesahkan perkara berkenaan dan menjelaskan tangkapan dilakukan kira-kira jam 10 malam .

“Lebih kurang jam 10 malam sepasukan polis dari IPD Saratok dibantu oleh AADK Betong yang diketuai oleh Pegawai AADK Daerah Azimah Marshid dan pihak JAIS Betong yang diketuai Pegawai Agama Islam Betong, Ustaz Wan Adzman Wan Abd Rahman telah menahan 4 lelaki bertempat di kawasan Pasar Kabong.

“Mereka yang ditahan adalah lelaki Melayu berumur antara 24 – 25 tahun. Ketika diserbu lelaki tersebut sedang minum minuman keras atau arak jenis TsingTao Beer (2) tin dan (2) botol arak jenis Cap Apek.

“Keempat subjek disyaki melakukan kesalahan Jenayah Syariah Sek.16 OKJS 2001. Tujuan penahanan adalah untuk tindakan pihak Jabatan Agama Islam selanjutnya,” ujar Mordani.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru