Tuesday, January 25, 2022

Kereta rempuh tiang elektrik di Daro, pemandu dan penumpang selamat

Secara Rawak

SARIKEI: Sebuah kereta terlibat dalam kemalangan kendiri apabila kenderaan yang dipandu terbabas lalu merempuh tiang elektrik yang terletak di tepi jalan raya di kawasan Kampung Saai Daro pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku jam 7 pagi dan pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro menerima pangillan kecemasan memaklumkan kejadian jam 7.10 pagi.

Seramai lima anggota BBP Daro dengan diketuai PBK II Mustafa Wasli telah hadir ke lokasi kejadian bagi memberi bantuan.

Agensi lain yang turut terlibat adalah 2 anggota polis, 3 petugas kesihatan dengan sebuah ambulans dan 3 kakitangan Sarawak Energy.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak bomba menyatakan sebaik pihak bomba tiba dilokasi kejadian didapati benar berlaku kemalangan kendiri sebuah kereta jenis Proton Satria berwarna hijau telah terbabas ke bahu jalan dan merempuh tiang elektrik milik pihak Sarawak Energy.

Kemalangan membabitkan dua orang iaitu pemandu dan seorang penumpang kereta namun kedua-duanya berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan kedua-dua mangsa dikatakan hanya mengalami kecederaan.

Pihak bomba turut menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di sekitar tempat berlakunya kemalangan bagi memastikan keadaan selamat.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru