JUMLAH kumulatif kematian global akibat Covid-19 kini  599,339 kes setakat pagi ini.

Statistik Worldometers menunjukkan angka kematian global meningkat lebih 10,000 kes dalam tempoh 48 jam ketika jumlah jangkitan telah mencecah 14 juta.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 142,000 kes.

Brazil dan United Kingdom berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan lebih 77,000 dan 45,000 kematian akibat Covid-19.

Mexico, Itali dan Perancis masing-masing merekodkan angka kematian 38,000, 35,000 dan 30,000 kes.

Sepanyol dan India pula merekodkan 28,000 dan 25,000 kes maut Covid-19.