INDIA menjadi negara terbaharu merekodkan 1 juta kes Covid-19 setakat pagi  Sabtu sekali gus menjadikan negara itu 1.3 bilion jiwa itu sebagai negara ketiga paling teruk terjejas selepas Amerika Syarikat dan Brazil.

Angka jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 14.18 juta kes sekali gus terus mencetuskan kebimbangan dan persoalan bila ancaman virus maut itu akan mengendur.

Menurut data terbaharu Worldometers, terdapat pertambahan lebih 500,000 kes baharu dalam tempoh 48 jam.

AS kekal negara paling teruk terjejas dengan 3.77 juta kes positif,  diikuti Brazil dengan 2.04 juta kes.

Rusia melepasi angka jangkitan setengah juta dengan merekodkan 759,000 kes.

Peru, Afrika Selatan, Mexico dan Chile pula masing-masing melepasi angka 300,000 kes positif Covid-19.

Peru merekodkan 345,000 kes, Afrika Selatan lebih 337,000, Mexico sebanyak 331,000 dan Chile lebih 326,000 kes.

Sembilan negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 iaitu United Kingdom, Iran, Sepanyol, Pakistan, Itali, Arab Saudi, Turki, Perancis dan Jerman.

Lima lagi negara merekodkan angka positif melebihi 100,000 ialah Bangladesh, Colombia, Kanada, Qatar dan Argentina.

Negara-negara lain masih merekodkan angka jangkitan Covid-19 bawah 85,000 kes.