KUCHING: GPS wujud bertonggakkan corak kepemimpinan parti PBB.

“PBB parti yang telah lama wujud, membela dan memperjuangkan hak rakyat pelbagai kaum di Sarawak,” ujar Ketua Penerangan PBB Datuk Idris Buang mengulas segelintir pihak yang kononnya tidak tahu kewujudan GPS.

Bahkan, Idris berkata, menafikan fakta kewujudan GPS dikenali masyarakat merupakan hasutan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bercakap dalam siaran Sembang Kopi bersama Bang Dris di Facebook Sarawakku Sayang, 13 Julai Idris berkata GPS ditubuhkan dengan dianggotai PBB, SUPP, PRS dan PDP yang mengutamakan perpaduan kaum dalam kalangan pemimpin dan ahlinya.

Menurut beliau GPS memupuk semangat bersatu hati dalam kalangan rakyat bagi mencapai matlamat sasaran.

Bagi beliau, rakyat wajar berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak atas kejayaan yang dicapai selama ini.