SUBIS: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri dengan kerjasama One Stop Committee (OSC) Bagi Menangani Isu Dadah & Substans (MIDS) Daerah Subis telah mengadakan Program Outreach “Temuseru” di RTC Bekenu pada Selasa.

Program Outreach atau ‘Temuseru’ merupakan satu pendekatan sistematik untuk menyampaikan perkhidmatan kepada individu atau kumpulan sasar yang sukar dicapai dan tersembunyi.

Menurut Timbalan Pengarah (Rawatan & Pemulihan) AADK Negeri Sarawak Azli Senin, objektif program ini adalah bertujuan sebagai platform untuk menyampaikan perkhidmatan, pendidikan, nasihat dan menyampaikan maklumat, membantu golongan sasar mendapatkan rujukan rawatan, pemulihan dadah dan rujukan kepada perkhidmatan lain yang menyokong kepulihan dan mengenal pasti kumpulan sasar baru dan menghubungkan mereka dengan perkhidmatan yang sesuai dan diperlukan.

Objektif lain ialah memerhati dan memahami tingkah laku, budaya, jaringan hubungan dan tingkahlaku berisiko penagihan, mendapatkan maklumat di lapangan dan mengadakan jaringan hubungan antara AADK bersama dengan ‘Smart Partner’ yang lain.

Turut sama hadir AADK Miri, Pejabat Daerah Subis, PEMADAM Daerah Subis, Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD) Daerah Miri, Pejabat Kesihatan Bahagian Miri, Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK)