KUCHING: Jangan sebarkan berita palsu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Selasa menggesa orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu mengenai penularan Covid-19 di negeri ini.

Untuk itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatyankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memberi amaran bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan  sewajarnya akan dikenakan terhadap pihak yang melakukan perbuatan itu.

Jelas beliau, sehingga 13 Julai lalu, terdapat beberapa berita palsu ditularkan melalui media sosial.

“Ia hanya akan menjejaskan ketenteraman awam,” jelasnya pada sidang media mengenai Covid-19 di sini pada Selasa.

Beliau berkata pada Isnin, terdapat satu berita palsu disebarkan yang menyatakan bawa terdapat beberapa tempat di Kuching tidak selamat sehingga mencetuskan kerisauan dalam kalangan penduduk.

“Saya bertanya kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak sama ada mereka ada mengeluarkan pemberitahuan berkenaan, namun mereka menafikannya,” kata Uggah.

Beliau berkata, penyebaran berita tidak benar hanya akan mencetuskan suasana panik dalam kalangan orang ramai.

Katanya, pihak berkuasa akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Saya merayu kepada orang ramai agar tidak perlu menyebarkan dan percaya kepada berita palsu, sebaliknya sebarkan berita yang sahih,” tegasnya.