SIBURAN: Dua orang awam menemui lelaki tidak diketahui identiti terduduk lemah sebelum rebah di persimpangan Jong Crocodile, Jalan Kuching-Serian pada Selasa.

Dalam kejadian sekitar 4 pagi itu lelaki berkenaan dibawa ke HUS bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Bagaimanapun, menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Aidil Bolhassan, mangsa disahkan meninggal dunia di wad kecemasan HUS.

Aidil berkata, pihaknya mendapatkan bantuan Bahagian Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak bagi mendapatkan cap jari si mati yang hanya mengenakan baju dan berseluar pendek aras lutut.

Pemeriksaan mendapati tiada tanda atau unsur perbuatan jenayah ditemui pada badan si mati dan kes
diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa disimpan di bilik mayat HUS.