KERALA: Sikap wanita yang prihatin sanggup berlari ke arah bas bagi membolehkan pakcik buta menaikinya mendapat pujian orang ramai yang menonton video tersebut.

Video tersebut yang tular di media sosial di rakam di bandar Thiruvalla dan wanita itu dikenali sebagai Supriya.

Wanita tersebut melihat pakcik buta itu berjalan sendirian dan secara spontan dia terus berlari ke arah bas yang bergerak meninggalkan kawasan itu.

Selepas meminta pemandu bas menghentikan bas tersebut dia berlari mendapatkan pakcik itu pula dan membimbing tangannya sehingga ke pintu bas.

Dia juga menunggu sehingga bas itu bergerak sebelum berlalu dari situ.

Sepanjang tempoh itu Supriya tidak tahu bahawa gelagatnya dirakam oleh netizen bernama Joshua yang kemudiannya memuat naik video itu di media sosial.

Ketika kejadian, Supriya yang bekerja di kedai kain Jolly Silks menunggu kedai tersebut dibuka apabila dia terlihat kelibat pakcik OKU itu dan tanpa berfikir panjang terus bertindak membantunya.