BETONG: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Betong melaporkan seramai tiga individu telah dibicarakan atas kesalahan di bawah seksyen 3(1)(a) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983 pindaan 1988 hari ini.

Dalam perbicaraan yang dilangsungkan pagi tadi Mahkamah Majistret Betong telah memerintahkan seorang daripadanya diperintahkan menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti selama tempoh dua tahun dengan AADK Daerah Betong.

Manakala dua orang lagi telah diarahkan untuk menjalani rawatan dan pemulihan dalam institusi di PUSPEN Kuching bermula hari ini.

AADK Betong berharap kesemua mereka yang terlibat dapat mengambil pengajaran atas apa yang terjadi.

Dan mereka juga diharapkan akan menemui sinar baru dalam kehidupan mereka selepas dibebaskan kelak.

Tambah agensi itu lagi, pencegahan dadah perlu bermula dari rumah.Justeru ibu bapa dan ahli keluarga perlu mengambil tanggungjawab dan peranan secara bersama bagi membendung masalah penyalah gunaan dadah dalam keluarga.

Jelas AADK Betong, biarlah kita menikmati kemakmuran dan kesejahteraan secara bersama-sama tanpa ada yang tersisih angkara najis dadah.

Komuniti kita jelas AADK adalah tanggangjawab kita dan secara bersepadu kita perlu memerangi dadah secara habis-habisan.