Saman pelbagai kesalahan lalu lintas bernilai RM800 juta masih belum dijelaskan pesalah.

Ketua Pengarah JPJ Shaharuddin Khalid memberitahu Bernama, jumlah itu melibatkan 2.7 juta saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak 2010.

Shaharuddin berkata, pesalah enggan membayar saman tertunggak antaranya akan disenaraihitamkan.

Beliau turut membuat kenyataan di semua laluan lebuh raya utama di seluruh negara, JPJ menyelaras had laju maksimum pada kelajuan 110 km sejam kecuali Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) bagi laluan Terowong Menora di Ipoh, Perak dengan had laju 70 km sejam.