KUCHING: Petani melakukan sumbang mahram berdepan hukuman penjara 115 tahun serta 20 sebatan rotan pada 6 September 2017 oleh Mahkamah Seksyen Betong, Sri Aman, diputuskan mendapat pengurangan hukuman penjara.

Mahkamah Rayuan melalui perbicaraan secara sidang video di Mahkamah Rayuan di Putra Jaya memutuskan suspek dihukum 45 tahun penjara dan kekal hukuman 20 sebatan rotan.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Yaacob Haji Mohd Sam, Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Supang Lian sebulat suara membuat keputusan berkenaan.

Lelaki berusia 52 tahun itu dituduh melakukan lima pertuduhan sumbang mahram dan satu tuduhan mencabul kehormatan terhadap anak perempuan tunggalnya berusia 15 tahun.
Mahkamah menjatuh hukuman selepas mendapati mangsa diperkosa sejak berusia 12 tahun yang memberi kesan kepada mangsa serta menjaga kepentingan awam.