MERADONG: Masalah banjir menghantui penduduk di Jalan Sing Kwong, Sg Kelupu di sini akan berakhir tidak lama lagi dengan siapnya kerja-kerja pembukaan parit.

Isu berkenaan mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing yang turun padang meninjau pelaksanaan projek itu bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sarikei dan Jabatan Pengairan Dan Saliran (DID) Sarawak semalam.

Datuk Ding dalam pada itu memuji tindakan segera diambil pihak DID dan JKR Bahagian Sarikei dalam menyelesaikan masalah perparitan yang banjir dengan kadar segera.

Pihak JKR Bahagian Sarikei dalam pada itu akan sentiasa membuat pemantauan terhadap pembentung yang berhampiran jalan utama agar tidak berlaku masalah pengaliran air di dalam parit.