KUCHING: Hari ini Kerajaan akan memutuskan isu berkaitan pembukaan semula sesi persekolahan di Sarawak.

Bercakap pada sidang media harian Covid-19 di Bangunan Dun Lama pada Isnin, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ekoran peningkatan kes positif Covid-19 tempatan di Kuching, pembukaan semula persekolahan perlu mendapat maklum balas pihak sekolah.

Dalam perkembangan lain, Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memberitahu belum ada operasi Pengesanan Kes Aktif (ACD) dilakukan terhadap kes Kluster Syarikat Kejuruteraan Kuching yang dilaporkan baru-baru ini dan situasi masih dipantau.

Beliau berkata, langkah tambahan persediaan berdepan gelombang kedua akan diumumkan.

Sesi persekolahan murid Tahun Lima dan Tahun Enam serta pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam Semester Satu sepatutnya bermula esok, 15 Julai ini.