KUCHING: Hari ini Sarawak merekodkan tiada kes Covid-19 sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes kekal 580 sehingga ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, terdapat dua kes baharu yang telah sembuh dan  dikeluarkan dari Hospital Umum Sarawak hari ini.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes  positif Covid- 19 yang telah sembuh dan dicaj  kekal sebanyak 554 orang atau 95.52 peratus. Sebanyak lapan orang masih menerima rawatan di dalam wad pengasingan hospital dan jumlah kematian kekal 18 orang atau 3.10 peratus kes,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, hari ini sebanyak 20 individu dalam pengawasan (PUI) dilaporkan dan 12 kes masih menunggu ujian makmal.