KUCHING: Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) Dr Chin Zin Hing berkata, pihaknya menutup dua syarikat dikenal pasti dikaitkan dengan kluster terbaharu Covid-19, Kluster Syarikat Kejuruteraan Kuching yang dilaporkan baru-baru ini.

Bercakap pada sidang media harian Covid-19 di Bangunan Dun Lama pada Isnin, Chin berakta situasi penularan tersebut dipantau.

“Pihak kami juga membuat pengesanan kontak rapat untuk semua pekerja syarikat dan membawa mereka untuk saringan Covid-19.

Beliau berkata, untuk Pasar Stutong, JKNS membuat saringan, menjalankan operasi nyahcemar dan langkah sewajarnya di kawasan tersebut,” ujarnya.

Pada sidang media sama, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, belum ada operasi Pengesanan Kes Aktif (ACD) dilakukan terhadap kes Kluster Syarikat Kejuruteraan Kuching tersebut dengan situasi terus dipantau.