KANOWIT: Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Menalun Kanowit kini turut terjejas akibat banjir sekaligus menjejaskan persiapan untuk sesi pembukaan sekolah esok.

Hujan lebat yang turun sejak malam tadi menyebabkan air sungai melimpahi tebing dan mula membanjiri kawasan sekolah berkenaan.

Maklumat yang diterima jam 2 petang tadi menyatakan paras air sudah semakin naik dan jika keadaan berterusan sudah pasti akan menjejaskan persiapan pihak sekolah untuk sesi persekolahan yang bakal bermula esok.

Hujan dikatakan masih turun di kawasan berkenaan ketika ini dan situasi itu pasti akan menburukkan lagi keadaan.

Sekolah berkenaan yang terletak berhampiran sungai memang kerap dilanda banjir kilat sebelum ini.

Kesemua kakitangan sekolah juga dilaporkan berada di sekolah terserbut meskipun sekolah berkenaan.

Menurut sumber dari penduduk setempat setakat ini tiada pemindahan mangsa banjir dilakukan.