LINGGA: Program turun padang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Hj Peri bersama AJK PBB Cawangan Lingga pada Isnin diadakan untuk menyelami permasalahan yang dialami masyarakat disamping menyantuni warga emas di kawasan itu.

Terlebih dahulu, beliau melawat warga emas (mualaf) Ramlah Abdullah@Ison Man, 76 tahun, yang tidak mampu untuk berdiri lagi selepas menjalani pembedahan di tulang belakang beliau beberapa bulan yang lepas.

Puan Ramlah dijaga oleh anak beliau, juga seorang OKU (bisu).

Bersimpati dengan keadaan rumah usang yang didiami dua beranak itu, Hajah Simoi akan membantu membaik pulih rumah tersebut dalam jangka masa terdekat.

Seterusnya, beliau ke Masjid Lama Kpg Tengah untuk melihat sendiri keperluan yang dikehendaki oleh AJK pengurusan masjid, berikutan masalah tekanan air rendah akibat terletak dibatas bukit.

Akhir lawatan, Hajah Simoi ke tebing sungai Batang Lupar bagi mendengar permasalahan para nelayan, yang mana rata-rata menginginkan pembinaan jeti untuk memunggah hasil atau peralatan mereka.