JAKARTA: Lelaki Perak” atau Silver Men ialah jenis pengemis unik yang sering dilihat berkeliaran di bandar dan kota utama Indonesia.

Pengemis biasa ditemui di mana-mana sahaja di seluruh dunia dan Indonesia juga tidak terkecuali, namun baru-baru ini muncul pengemis yang agar luar biasa di negara itu.

Mereka di gelar Lelaki Perak yang diinspirasikan dari penghibur jalanan yang menggunakan cat metalik untuk menjadikan diri mereka patung manusia dan menarik perhatian ramai.

Kumpulan Lelaki Perak ini kemudiannya menggunakan teknik yang sama untuk meningkat mutu kerjaya mereka iaitu mengemis.

Mereka sanggup mengecat badan dengan cat metalik kerana mereka tahu orang ramai akan lebih tertarik dengan penampilan mereka sekali gus membolehkan mereka mengaut keuntungan lebih daripada pengemis biasa.

Lelaki Perak ini biasanya membawa kotak kadbod dan berjalan di jalan raya yang penuh sesak dengan kenderaan dengan harapan akan ada orang sudi memberi duit kepada mereka.

Sebahagian besar mereka menganggap mengemis ini sebagai pekerjaan yang membolehkan mereka membeli makanan untuk keluarga masing-masing.

Sejak Lelaki Perak muncul di setiap jalan yang sesak di Jakarta dan kota besar lain di negara itu, mereka mula mendapat perhatian pihak media dan media sosial lain sekali gus menyebabkan semakin ramai pengemis yang muncul sebagai Lelaki Perak.

Kemunculan semakin banyak Lelaki Perak ini mula menjengkelkan penduduk negara itu.

Polis terpaksa mengambil tindakan tegas untuk mengurangkan kehadiran mereka dengan menangkap dan mendenda dalam usaha menghalang mereka daripada mengganggu dan meminta duit daripada orang ramai.

Baru-baru ini Lelaki Perak mendapat perhatian lagi di media sosial dan imej mereka bertambuh buruk selepas rakaman video menunjukkan kanak-kanak kecil yang badannya dicat metalik dillihat berlari di sebalik kenderaan yang lalu-lalang di sebatang jalan meminta duit daripada orang ramai.