JAKARTA: Indonesia terus muncul sebagai negara paling teruk diancam pandemik Covid-19 di Asia Tenggara.

Dalam tempoh 24 jam lalu, negara 270 juta jiwa itu mencatatkan 1,681 kes jangkitan dengan 712 kematian.

Dengan itu, Indonesia mencatatkan kes keseluruhan jangkitan sebanyak 75,699 ketika dunia sudah menyaksikan lebih 13 juta kes jangkitan.

Manakala dari segi kematian, ia sudah menyaksikan 3,606 rakyatnya menemui ajal.

Negara kedua ialah Filipina dengan 54,854 kes jangkitan dengan 1,372 kematian.

Singapura pula menyaksikan hampir 46,000 kes jangkitan tetapi tetap mengekalkan jumlah kes kematian rendah, iaitu 26.

Kebanyakan kes tersebar dalam kalangan pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja.