ESSEX: Emil Egan dilahir dan dibesarkan di Essex, United Kingdom dan tidak pernah belajar mahupun bercakap dalam bahasa asing. Namun apabila mendengar dia bercakap bunyinya seperti pendatang Rusia atau pelancong asing.

Selain bercakap dalam loghat negara Eropah Timur, adakalanya dia bercakap mengikut loghat Perancis, Itali dan Poland.

Kehidupan Emily, 31, berubah pada Januari lalu selepas dia di landa keadaan misteri yang menyebabkannya tidak dapat bercakap dua bulan.

Kira-kira dua minggu sebelum ia berlaku, dia sering mengadu pening kepala sebelum suaranya tiba-tiba berubah menjadi lebih dalam.

Rakan di tempat kerjanya juga mendapati percakapannya menjadi perlahan dan bercelaru, iaitu petunjuk strok. Apabila dia dikejarkan ke hospital, Emily sudah tidak dapat bercakap dan selepas menjalani beberapa ujian, doktor mengesahkan dia diserang strok dan tidak beranggapan ia akibat kecederaan di bahagian otaknya.

Selepas beberapa minggu di hospital, Emily yang sudah tidak dapat bercakap hanya menggunakan isyarat tangan untuk berkomunikasi dan menulis menggunakan aplikasi dalam telefon bimbitnya menghantar mesej.

Seorang pakar neuro menyarankannya supaya bercuti menenangkan fikirannya. Emily mengikut nasihatnya dan selang beberapa hari berehat di Thailand, dia dapat bercakap semula.

Namun suaranya yang sebelum ini bernada tinggi dan loghatnya pula tebal berubah serta-merta.

Loghatnya berubah-rubah, adakalanya seperti loghat Rusia, Poland, Itali dan Perancis. Pada Mac lepas dia secara rasmi di diagnosis mengalami penyakit Foreign Accent Syndrome yang jarang-jarang berlaku.