KUCHING: Mahkamah Persekutuan kini dibarisi 14 hakim termasuk lapan daripadanya adalah wanita.

Daripada barisan tersebut, dua hakim dari Sarawak, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Supang Lian tersenarai dalam pelantikan kenaikan pangkat hakim Mahkamah Persekutuan yang baharu pada Sabtu.

Hakim wanita lain yang baharu Ialah Datuk Mary Lim Tjiam Suan.
Datuk Harmindar Singh Dhaliwal turut dilantik.

Hakim lelaki pula terdiri daripada Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Abdul Rahman Sebli.

Terdapat lapan hakim Mahkamah Tinggi dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Mohd Soffian Abdul Razak, 64, Datuk Supang Lian, 59, Datuk Lee Heng Cheong, 63 Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin, 63.

Pada majlis mengangkat sumpah jawatan, Peguam Kanan Persekutuan , Alice Loke Yee Ching antara 11 yang menerima surat pelantikam sebagai Pesuruhjaya kehakimam daripada Ketua Hakim Negara.