MIRI: Seramai 61 warga emas dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin menerima Kenyalang Gold Card (KGC).

Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata, sejak pelancarannya lebih 1,000 permohonan telah diterima Pusat Khidmat Senadin dan sebanyak 46 agensi sudah mengesahkan penyertaan dalam pelaksanaan inisiatif ini.

Selepas pelancaran KGC, lebih 1,000 permohonan telah dipohon di pusat khidmat Senadin dan sebanyak 46 agensi sudah mengesahkan penyertaan dalam pelaksanaan inisiatif ini dan dijangka akan lebih banyak pihak tampil bersama pada masa akan datang.

“Pemegang Kenyalang Gold Card ini bakal menerima banyak manfaat, antaranya boleh menikmati diskaun rawatan di klinik atau hospital, tiket penerbangan serta pengangkutan, mendapatkan diskaun dan yuran percuma untuk perkhidmatan seperti barangan runcit, pakaian, optikal, urutan spa, perlindungan insurans, Bantuan Ihsan Kematian (BIK) sebanyak RM3,000 dan juga diskaun pembelian barangan keperluan,” katanya selepas menyampaikan KGC kepada 61 warga emas kawasan DUN Senadin di Pusat Khidmat SUPP Senadin pada Sabtu.

Dalam pada itu, Datuk Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin menyeru warga emas yang warganegara Malaysia berusia 60 tahun dan ke atas pada 1 Januari 2020 boleh tampil ke Pusat Khidmat SUPP Cawangan Senadin untuk terus memohon KGC jika menghadapi sebarang masalah dalam membuat permohonan menerusi internet.