KUCHING: Satu kebakaran berlaku di kilang membuat perabot di Kilang Perabot Batu 7, Zon Perindustrian Siburan kira-kira jam 2.15 pagi semalam.

Balai Bomba dan Penyelamat Siburan menerima panggilan memaklumkan kejadian jam 2.32 pagi.

Menurut kenyataan rasmi BBP Siburan,setibanya pasukan bomba di lokasi mereka mendapati kebakaran benar berlaku di kilang membuat perabot itu yang melibatkan kebakaran kabel mesin vacum, sisa kayu papan lapis dan habuk kayu.

Laporan BBP Siburan menyebut, setelah ‘size up’, pasukan bomba dengan 7 anggota yang diketuai oleh PBK II, Jude Rayne membuat pemadaman secara konsep RECEO menggunakan satu aliran bantu mula, air diperolehi dari tangki jentera. Api berjaya dikawal dan padam sepenuhnya dalam tempoh 10 minit.

Peratusan kebakaran dianggarkan sebanyak 20 peratus dari keseluruhan kilang yang berukuran 40’x100′ yang berstruktur jenis kekal 2 tingkat.

Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan berlaku dalam insiden tersebut.

Jumlah kerugian akibat kejadian bagaimanapun masih belum dapat ditaksir.