Langkah kerajaan untuk menjadikan Jumaat sebagai Hari Jawi merupakan satu tindakan drastik dan melanggar semangat perpaduan.

Bahasa kebangsaan yang sepatutnya diangkat sebagai bahasa perpaduan dan bukannya Jawi.

Pemaksaan Jawi ke atas pelajar-pelajar sekolah rendah merupakan perkara tidak masuk akal. Kita tidak menentang Jawi tetapi jangan memaksa anak-anak kita untuk mengambilnya.

Sistem pendidikan kita masih flip flop dan sentiasa bertukar apabila menterinya bertukar.

Apa rasionalnya mengatakan Jawi warisan negara kita? Dimanakah semangat Perjanjian Malaysia 1963 yang sepatutnya menjadi warisan kita?

Malaysia bukan milik sesuatu bangsa dan agama sahaja. Jika Kerajaan Persekutuan meneruskan agenda sesuatu agama dan bangsa, adalah baiknya kita di Sarawak untuk menentukan kedudukan kita dalam Malaysia.

Bobby William
Protem Presiden GASAK
GASAK (Gabungan Anak Sarawak)

GASAK terdiri daripada :-
Pergerakan Bansa Dayak Sarawak Baru
ASPIRASI
Sarawak Workers Party
Sarawak for Sarawakians (S4S)