LIMBANG: Brunei Darussalam mengenakan Perintah Bayaran Keluar dan Masuk sehala B$3 (RM9.20) kepada warganegaranya dan pelawat bermula bulan depan.

Kementerian Kewangan dan Ekonomi Brunei memaklumkan Caj Perkhidmatan (CaP) ke atas setiap individu keluar masuk negara tersebut turut dilaksanakan di pos kawalan darat.

Bagaimanapun, caj Tol Jambatan Rasau, Kuala Belait turut dimansuhkan.

Kenyataan menyebut, pelaksanaan caj bertujuan menyelaraskan bayaran dan caj yang dikenakan kepada orang ramai yang keluar atau masuk di negeri itu.

Namun, terdapat pengecualian pembayaran ke atas kenderaan milik kerajaan Brunei, kenderaan rasmi kerajaan luar, kenderaan milik Angkatan Tentera, kenderaan bomba, ambulans, polis dan kenderaan jenazah.