SERIAN: Seorang penduduk yang dilaporkan hilang di Kampung Semukoi A dekat sini sejak Rabu ditemui selamat semalam.
 
Pihak Bomba mendapat makluman tentang insiden melalui laporan polis yang di buat oleh keluarga mangsa.
 
Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian menerima panggilan berhubung kejadian jam 9.45 pagi. Anggota Bomba Serian seterusnya telah menjalankan pencarian dalam radius 3 kilometer dari kawasan mangsa dikatakan hilang.
 
Mangsa seorang orang kelainan upaya (OKU) dikatakan telah pergi ke kebun pada hari Rabu (8 Julai) pada jam 1.30 petang.
 
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan 5 anggota BBP Serian dengan diketuai oleh PBK II Sim Mun Chai.
 
Misi SAR turut disertai oleh pasukan polis dari Unit K9, 6 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan 15 penduduk Kampung.
 
Bagaimanapun ketika operasi SAR rancak dijalankan pihak bomba dimaklumkan penduduk bahawa mangsa yang dicari telah dijumpai dengan balik sendiri ketika operasi mencarinya sedang berlangsung. Susulan dengan itu operasi ditamatkan sepenuhnya kira-kira jam 4.30 petang semalam.