SARATOK: Sokongan daripada orang perseorangan dan badan bukan kerajaan (NGO) kepada pihak pengurusan sekolah berterusan sebagai sokongan moral kepada pihak sekolah dalam mengharungi sesi persekolahan yang kini dibuka dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada masa kini.

Terbaru Serba Dinamik Control (SDC) Sendirian Berhad melaui Pengarah SDC, Subeng Mula tampil menyumbang bahan keperluan penjagaan kesihatan seperti cecair pencuci tangan dan pelitup muka untuk Tadika Publik Saratok.

Penyerahan sumbangan berkenaan dilakukan jam 9 pagi bertempat di tadika berkenaan.

Selain bahan kesihatan Subeng turut menyumbang bahan makanan dan juga air minuman untuk sekolah tersebut.

Subeng Mula juga melalui SOP PKPP semasa hadir menyerahkan sumbangan…

Hadir sama Pemanca Aun, Kaunselour Ghani Eli, Tr. Sait dan Madam Oui Su Geak.

Subeng berkata dalam melalui sesi persekolahan pada fasa pemulihan Pandemik Covid-19 keyakinan orang awam terhadap tahap keselamatan anak-anak semasa berada di sekolah perlu diperkukuh dengan adanya tahap pematuhan SOP yang tinggi.

Justeru katanya dalam membantu ke arah itu pihak syarikatnya mengambil pendekatan proaktif untuk tampil memberi sumbangan walau tanpa diminta oleh pihak terlibat.

“Dengan cara ini pihak kami dapat berkongsi rezeki dan berganding tenaga dalam membantu kerajaan menangani penularan wabak Covid-19 supaya wabak ini tidak terus menjadi ancaman kepada semua dan lenyap dari bumi Malaysia secepat mungkin,” ujarnya.