KUCHING: Presiden SUPP Datuk Sri Sim Kui Hian berkata, rakyat perlu berbangga dengan kemudahan disediakan Kerajaan Negeri terutama dalam usaha membantu golongan memerlukan.

Bercakap selepas majlis penyerahan Kenyalang Gold Kad warga Batu Kawa di Bangunan Baitulmakmur pada Rabu, beliau menyifatkan bantuan dihulurkan termasuk pemberian Kenyalang Gold Card (KGC), Endownment Fund Sarawak (EFS) dan sebagainya bertujuan meringankan tanggungan warga emas.

Menyentuh tentang isu pilihan raya, Kui Hian berkata, persediaan bukan hanya perlu dibuat sebelum pilihan raya malah perlu pada setiap masa.

Bagi beliau, pemilihan calon perlu seorang yang bertanggungjawab dan mempunyai matlamat jelas memperjuangkan kepentingan rakyat selain mengutamakan perjuangan hak Sarawak.