NEW YORK: WHO akhirnya mengesahkan bahawa virus korona memang mampu tersebar melalui udara atau secara airborne.

Peneraju teknikal bagi pencegahan dan kendalian jangkitan, Benedetta Alleganzi berkata, pihaknya bersama-sama sarjana membahas isu tersebut.

“Kami mengakui ada bukti di lapangan… oleh itu kami percaya dan harus terbuka terhadap penemuan ini dan memahami implikasinya berkaitan cara penularan dan juga tindakan pencegahan yang perlu diambil,” ujar Alleganzi mengutip CNN.

Menurut Alleganzi, penelitian mempunyai beberapa bukti, tetapi tidak definitif. Justeru, bukti masih perlu dikumpul lebih kanjut.

“Kemungkinan penularan melalui udara berlaku di ruang awam… di tempat padat, tertutup dengan ventilasi buruk,” ujar Alleganzi lagi.

Kenyataan Alleganzi dikeluarkan setelah 239 sarjana menandatangani kenyataan mendesak WHO lebih terbuka berkaitan penyebaran virus yang mungkin berasal daripada tetesan cairan yang tersebar di udara.

Epidemologi penyakit menular Maria Van Kerkove memberitahu bahawa kumpulannya menyimpulkan kemungkinan penyebaran melalui udara dan transmisi aerosol (partikel padat di udara mahupun tetesan cairan) sebagai salah satu cara berlakunya penyebaran virus.

“Kami telah melihat cairan bertahan pada permukaan objek. Kami telah melihat penularan melalui jalur fecal oral. Penularan dari ibu ke anak. Kami melihat penularan dari haiwan ke manusia,” kata Kerkove.

Kerkove berkata, WHO sedia menerbitkan jurnal ilmiah merangkum maklumat terkini berkaitan penularan virus korona yang akan disiarkan beberapa minggu akan datang.