MIRI: Lelaki berusia 49 tahun didenda RM3,000 mengaku bersalah mencederakan isterinya minggu lepas.

Jika gagal melunaskan denda tersebut, tertuduh boleh dipenjara lima bulan.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Leona Dominic di Mahkamah Majistret bahawa beliau sengaja mencederakan isterinya hingga menyebabkan lebam pada mata kiri.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Kejapil, Bekenu 8.30 pagi pada 30 Jun lepas dan kes didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM4,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sebelum dijatuhi hukuman, tertuduh yang tidak diwakili memohon hukuman ringan kerana itu merupakan kesalahan pertama dan mempunyai anak kecil.