SERIAN: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan RM465,000 membantu 33 petani dan peternak dari 10 kampung di Dun Tarat menambah pendapatan hasil peternakan sedia ada.

Adun Tarat Datuk Roland Sagah Wee Inn yang juga Menteri Muda Pemodenan Pertanian Tanah Adat, dan Pembangunan Wilayah menyampaikan keperluan kepada para peternak pada Majlis Penyerahan Keperluan Projek Ternakan Dun Tarat di Dewan Kampung Chupak pada Selasa.

Program Pemudahcaraan Pertanian (AFP) dilaksanakan Jabatan Perkhidmatan Vetrinar (DVS) kepada penduduk Dun Tarat itu membuka sinar baharu bagi mereka terus menjalankan aktiviti ternakan.

Pihak DVS Sarawak mengadakan taklimat projek kepada semua peserta memastikan mereka memahami pelaksanaan dan pengurusan projek ternakan berjalan lancar dan berjaya

Peruntukan khas tersebut bertujuan membantu para peternak membangunkan projek ternakan masing-masing demi menambah pendapatan.

DVS Serian mengagih semua perkara berkaitan peternakan kepada peserta dan memantau hasil kerja mereka.

Antara bantuan diserahakan kepada peserta, termasuklah palung minuman untuk projek ternakan ayam, alat bunyi untuk projek burung walit selain ubat cacing untuk projek ternakan khinzir.

Foto: Facebook Joanna Federick‎