KUCHING: Dalam keadaan negara sedang mengharungi keadaan negara sedang mengharungi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kes gigitan anjing baru-baru ini di kawasan Kuching amatlah membimbangkan.

Sehubungan dengan itu, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), IR. Loh Khere Chiang memberitahu, bagi mencegah penularan wabak Rabies ini, MPP mengadakan inisiatif untuk melaksanakan operasi bersepadu selama 2 hari bermula 7 Julai sehingga 8 Julai 2020 di kawasan yang kerap menerima aduan.

“Pada sebelah bagi, operasi ini akan diadakan dilakukan di Kuching City Mall, Desa Wira, MJC Batu Kawa, Batu Kawa Old Bazaar, manakala sebelah petang dilakukan di Moyan Square, Taman Moyan, Taman Genesis. Esok hari pula akan dilakukan di Taman Matang jaya, Lee Ling Commercial Centre dan Taman Lee Ling.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di perkarangan Pejabat MPP, semalam.

Operasi ini melibatkan pelbagai agensi termasuk Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), Jabatan Veterinar dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tambah beliau, pemvaksinan merupakan salah satu cara mengatasi penularan penyakit Rabies, manakala ‘neutralizing’ juga adalah langkah yang dapat mengurangkan peningkatan populasi anjing peliharaan atau anjing liar.

Ujarnya, MPP juga akan mengadakan program berasingan berkaitan kesedaran Rabies, dengan memberikan secara percuma kepada anjing peliharaan dibawah kawasan tadbirnya dengan kerjasama JKKK dan ketua komuniti.

Turut hadir semasa pelancaran tersebut adalah Setiausaha Perbandaran Padawan (MPP) Elizabeth Loh, Ketua Operasi PPKP Sumi Linggi, Ketua Penguatkuasa Veterinar Sarawak, Chia Cheok Hua, Pegawai Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH),pihak Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).