LUNDU: Residen Bahagian Kuching, Sherrina Hussaini turun melawat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sileng Melayu.

Beliau bersama rombongan telah melawat keluarga mangsa kebakaran, Mahada Che Ali.

Bantuan sebanyak RM2,000 tersebut telah diluluskan oleh Yayasan Sarawak.

Turut hadir dalam penyerahan bantuan tersebut ialah Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani.