KUALA LUMPUR: Dalam usaha meningkatkan seni dan budaya Malaysia di peringkat dunia, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), berpeluang bekerjasama dengan Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL) dan Kedutaan Jepun dalam beberapa program di bawah agensinya seperti Istana Budaya, Jabatan Muzium, Balai Seni Lukis dan ASWARA.

Menyentuh mengenai potensi kerjasama antara Malaysia dan Jepun, Menterinya Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri berkata, ia juga meliputi usaha mengembalikan keyakinan pelancong untuk melancong semula apabila larangan melancong ke negara luar tidak lagi berkuatkuasa.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat Duta Jepun ke Malaysia, Hiroshi Oka di Kuala Lumpur, pada Selasa.

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Dr. Noor Zari Hamat dan pengurusan tertinggi MOTAC.