MUDJIMBA: Seekor kucing bernama Oscar tertidur di dalam mesin basuh tanpa disedari pemiliknya.

Mujurlah kucing tersebut masih selamat selepas melalui kitaran mesin selama 12 minit.

Pemiliknya, Amanda Meredith hanya menyedari Oscar berada di dalam mesin terbabit selepas mendengar suaranya selepas suaminya Angelo, selesai memasukkan alas katil mereka ke dalam mesin basuh.

Oscar yang baru berusia 2 tahun masuk ke dalam mesin itu untuk tidur, tetapi akhirnya terperangkap di dalam mesin tersebut selama 12 minit.

Ia turut mandi air panas dan dicuci dengan bahan pencuci.

Mulanya Amanda menyangka Oscar bersembunyi di dalam almari, ekoran itu dia tidak mengendahkan bunyi tersebut dan meneruskan tugasan menyidai kain.

Namun apabila dia kembali ke dalam rumah dan kelibat Oscar tidak kelihatan, dia mencarinya di seluruh rumah. Ketika itu dia terfikir kemungkinan Oscar berada di dalam mesin basuh tersebut.

Benar sangkaannya, dia melihat Oscar basah kuyup memerhatinya dari sebalik cermin kaca mesin terbabit.