KABONG: Pihak polis menahan dua lelaki kerana terlibat dengan penyalah gunaan dadah di sini petang semalam.

Penahanan dua lelaki terbabit dilakukan di dua lokasi berbeza iaitu pesalah pertama diberkas jam 6 petang di tepi jalan Kampung Hulu Lintang Kabong dan seorang lagi ditahan jam 6.30 petang di tepi jalan berhampiran sebuah sekolah rendah di sini.

Ketika sisatan dilakukan seorang daripadanya memiliki satu paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah syabu dengan anggaran berat kasar 0.5gram.

Manakala seorang lagi ditahan selepas ujian saringan air kencing didapati positif dadah jenis Metamfetamin (METH) dan Amfetamin (AMPH).

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mordani Tanin memberitahu mereka yang terlibat masing-masing berumur 32 dan 34 tahun dan ditahan di bawah Seksyen 12(3)ADB 1952.

Bagaimanapun kedua-duanya dibebaskan atas jaminan polis.